VISI SEKOLAH
Melonjakkan kecemerlangan SMK Felda Besout, dalam pencapaian akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin serta meningkatkan imej pengurusan dan pentadbiran menjelang 2015.
MISI SEKOLAH
SMK Felda Besout bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan melalui:
1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.
2. memperkasakan kepimpinan instruksional dan membina kepimpinan transformasional.
3. Pembudayaan & pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam pengurusan dan pentadbiran.
4. Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
5. Sahsiah dan disiplin yang berasaskan program pembangunan insan.
6. Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
7. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.
LAGU SEKOLAH
Megah kami berdiri
Bersamalah berbakti
Mencapai cita-cita yang murni
Untuk hasrat sejati
Bersamalah berbakti
Mencapai cita-cita yang murni
Untuk hasrat sejati
Tabah dan cekal
Kami bersatu
Giat usaha maju
Kami bersatu
Giat usaha maju
Pada guru dihormati
Sekolah disayangi
Bersatu semua, sehati sekata,
Untuk Malaysia jaya
Sekolah disayangi
Bersatu semua, sehati sekata,
Untuk Malaysia jaya
Jiwa Dan Minda
Bermula di sini
Hadapi cabaran dunia
Sehati sekata
Untuk jadi insan berjaya
Hadapi cabaran dunia
Sehati sekata
Untuk jadi insan berjaya
Suasana harmoni
Menghormati menyayangi
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan
Menghormati menyayangi
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan
Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T
Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysiaku tercinta.
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysiaku tercinta.
(Muzik)La..la..la..la..la..
Du..du..du..du..du..du(Ulang)
Du..du..du..du..du..du(Ulang)
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapanAmal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T
Demi masa hadapanAmal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T
Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysia negara jaya
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysia negara jaya
Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout telah diasaskan pada 9 Januari 1984. Pada minggu pertama persekolahan pelajar-pelajar menumpang di Sekolah Menengah Slim River. Para pelajar ini telah memulakan sidang persekolahannya pada sesi petang. Pelajar perintis seramai 210 orang ini terdiri daripada 3 kelas tingkatan satu dan 3 kelas tingkatan dua.
Pada 16 Januari 1984, para pelajar telah berpindah ke bangunan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout. Bangunan ini telah didirikan oleh pihak FELDA di atas sebidang tanah seluas satu hektar dengan belanja RM116,000.00. Bangunan kayu ini terdiri daripada 2 blok iaitu 5 buah bilik darjah, 2 buah makmal, bilik guru, pejabat sekolah dan tandas. Perabot-perabot dan peralatan telah dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Perak.
Bilangan guru pada ketika itu hanya 9 orang termasuk Pengetua. Puan Kalthom binti Abdul Rashid merupa Pengetua yang pertama. Beliau memegang jawatan Pengetua sehingga 1 Februari 1984 apabila pada tarikh yang sama, En. Shafie bin Mohd Ariffin telah melapor diri sebagai Pengetua. Puan Kalthom pula memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan.
Semenjak sekolah ini dibuka hingga kini (2009). Dua belas orang Pengetua telah ditugaskan di sekolah ini. Merka terdiri daripada :
- Pn. Kalthom bt. Abd. Rashid
: 9 Januari 1984 - 1 Februari 1984 - En. Shafie b. Mohd Ariffin
: 1 Februari 1984 - 1 Februari 1986 - Pn. Kalthom bt. Abd. Rashid
: 1 Februari 1986 - 15 November 1987 - En. Abu Massaut b. Shafiee
: 16 November 1987 - 19 Mac 1991 - Tn. Haji Ibrahim b. Jamil
: 1 April 1991 - 15 Januari 1992 - Tn. Haji Hamzah b. Yusof
: 16 Januari 1992 - 16 Februari 1994 - En. Abdul Mutalib b. Abdul Hamid
: - 30.3.1998 - En. Mohd Saaid b. Sulaiman
: 1 April 1998 - 11 Disember 1998 - Tn. Haji Ibrahim b. Ahmad
: 12 Disember 1998 - 16 Julai 2001 - Tn. Haji Razali b. Ismail
: Julai 2001 - Jun 2005 - Pn. Hajah Ramlah binti Abdullah
: Julai 2005 - Mac 2008 - Tn. Haji Abdul Kefli bin Mat Sih
: Mac 2008 - September 2009 - Pn.Hajah Siti Mariam Bt. Joned
:September 2009 - Sekarang
Setelah 25 tahun ditubuhkan, sekolah ini mengalami perubahan yang ketara dari segi kemudahan fizikal, pertambahan bilangan guru dan pelajar. Pelbagai kemajuan telah dicapai meskipun lokasinya jauh di pedalaman. Semoga dalam alaf baru ini Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.
Warna Logo Sekolah Bestari Malaysia
Tulisan berwarna hitam melambangkan pemikiran yang kritis dan kreatif.
Kuning melambangkan pembelajaran secara optimis.
Ungu melambangkan pengetahuan
Putih melambangkan pendemokrasian pendidikan
Biru melambangkan pembangunan pendidikan yang menyeluruh bagi pelajar
Merah melambangkan peranan pendidikan sebagai nadi hidup negara.
Bentuk hati yang riang membawa maksud “hati para pelajarnya”.
Bentuk lampu bergaya yang sedang menyala membawa maksud “minda pelajarnya.”
Bentuk empatsegi yang kelihatan peramah melambangkan “perekaansemula Sistem Pendidikan Malaysia”
LENCANA SEKOLAH
* Hijau - Agama Islam dan kesuburan alam semulajadi.
* Merah - Keberanian, kegigihan dan semangat waja.
* Putih - Kesucian dan kebersihan.
* Oren - Warna rasmi Felda.
Logo Sekolah Bestari Malaysia melambangkan perubahan dinamik. Ia memaparkan visi Kementerian Pendidikan untuk merekasemula secara sistematik sistem pendidikan dengan mengubah budaya dan amalan sekolah-sekolah di Malaysia, bergerak keluar dari pembelajaran berasaskan ingatan kepada pendidikan yang merangsang pemikiran dan kreativiti, membentuk pelajar yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka serta membolehkan ibu bapa dan komuniti mengambil bahagian secara aktif.
Warna Logo Sekolah Bestari Malaysia
Tulisan berwarna hitam melambangkan pemikiran yang kritis dan kreatif.
Kuning melambangkan pembelajaran secara optimis.
Ungu melambangkan pengetahuan
Putih melambangkan pendemokrasian pendidikan
Biru melambangkan pembangunan pendidikan yang menyeluruh bagi pelajar
Merah melambangkan peranan pendidikan sebagai nadi hidup negara.
Simbol Sekolah Bestari Malaysia
Bentuk hati yang riang membawa maksud “hati para pelajarnya”.
Bentuk lampu bergaya yang sedang menyala membawa maksud “minda pelajarnya.”
Bentuk empatsegi yang kelihatan peramah melambangkan “perekaansemula Sistem Pendidikan Malaysia”